Bagiku Pemahamanku, dan kepadamu Pemahamanmu

Aku paling pelik la ngan sestengah manusia. Mula-mula dia kata "kamu tak tahu sejarah". Bila dah dihuraikan sejarahnya, dia kata "tak faham". Kemudian, bila dikembangkan, lantas dia berkata "atas kertas memang cantik, adakah ianya yang dilaksanakan".

Takkan aku menuduh seseorang "buta sejarah". Kenapa? Sebab tiada di Malaysia yang mengetahui semua sejarahnya. Battle of Beting Maro berapa orang tahu? Tak payah rakyat di Tanah Melayu atau Negeri Di Bawah Bayu. Mereka yang berasal dari Sarawak tahu tidak?

Jangan ego mahupun bongkak dengan pengetahuan/pemahaman sendiri. Ianya mungkin benar untukmu dan konco-koncomu, tapi berapa "persen" (bak kata P. Ramlee dalam "Tiga Abdul") dari seluruh rakyat jelatakah itu?

Pemahaman dan pengetahuan semestinya berbeza. Ada yang kenal, ada yang faham ada juga yang menkaji dengan mendalam. Terimalah seadanya tanpa perlu berbahas untuk menjatuhkan.

About Aldric 109 Articles
Copywriter. Emersed in conversations about politics, economics, business, personal finance, theology, and entrepreneurship. Starting golf. Enjoy travelling and experiencing the many things in life.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*