Bujang, Duda atau Berkahwin: Di Sebalik Sabok

Pada Aidilfitri baru-baru ini, saya sempat melawat (bejarah) rumah bekas rakan sekerja kawan saya di Taman Sukma, Kuching. Berbeza daripada rumah-rumah terbuka yang lain, kali ini saya dapat mempelajari erti di sebalik pemakaian baju Melayu, khususnya dari pandangan Melayu Sarawak. Adakah anda tahu: pemakaian samping (digelar “sabok” sesetengah masyarakat Melayu Sarawak) boleh menunjukkan status perkahwinan seseorang?

Sabok di Atas Lutut

Kaum lelaki yang belum berkahwin akan memakai saboknya, diikat di pinggang, dah labuh di atas paras lutut. Jarak hujung kain dan lutut adalah di antara 1 hingga 2 inchi. Tidak perlulah sabok diikat setengah paha! Itu bukan sabok, tetapi “mini skirt”!

Sabok Pada Paras Lutut

Kebiasaannya saya melihat sabok diikat pada paras lutut. Sememangnya sesuai dilihat. Rupa-rupanya, apabila sabok diikat pada paras lutut, ia bermaksud si pemakai bertaraf duda!

Sabok di Bawah Lutut

Seperti yang anda boleh jangka, seseorang yang memakai sabok melepasi paras lutut adalah mereka yang beristeri.

Mulai sekarang saya akan lebih peka apabila memasang kain samping, atau sabok. Takkan la disangka berkahwin atau duda; walhal yang punya badan masih lagi single

About Aldric 109 Articles
Copywriter. Emersed in conversations about politics, economics, business, personal finance, theology, and entrepreneurship. Starting golf. Enjoy travelling and experiencing the many things in life.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*